Introduksi Jiwa Kusut
semalam sebelum pulang rumah aku singgah makan kat restoran melayu sekitar area fajar ngan member aku Joe Printing.. agak lewat skit sebab ada keja yg perlu aku selesaikan kat opis… masa nak tuju ke tempat duduk makan tu tah apasal tiba tiba retina mata aku ni rasa cam geli plak sbb ada satu jasad yg sedang memerhatikan aku sedang tersenyum.. (aku tau sebab time tu suasan gelap skit dapat aku lihat keputiha2an di sebalik wajah gelap tersebut).. rasanya kelibat yg tersengih itu adalah seorang manusia yg sungguh aku tak suka.. sebab tah tiba tiba punggung aku tetiba duduk kat meja.. eh silap kat kerusi yg first sekali tercapai akal ku.. padahal sebenarnya aku nak duduk dekat ngan tv ntuk tengok bola walhal meja tersebut masih tersadai sebuah gelas bertelinga (kalo tak silap aku nescafe naipeng mengkali) yang tak habis diminum oleh empunya diri…
Ternyata Engkau Rupanya… Dah agak dah…
Aku cuba tak menoleh ke arah jasad yg sedang tersengih itu tetapi sifat lahiriah manusiawi yang ingin tahu begitu kuat untuk memaksa bola mata ini dan disokong lagi dengan urat leher untuk menoleh ke arah jasad kering dan gelap itu.. bila mata ku dan matamu bertentangan..
oh! engkau rupanya En. tanjung mangkuk!! aku dah agak dah.. bisik hati besarku… dengan penuh egoisnya aku pura pura terkejut sambil tersenyum kambing yang macho.. engkau pulak dengan rasa tak malunya macam mangkuk ayun! diulang mangku ayun!! ingat.. mengangkat tangan dan memanggil aku tuk duduk sama dengan ko yang kesepian dan keseorangan tanpa teman disisimu yang ada cuma sebentuk kotak berwarna hitam yg aku rasa macam laptop dan segelas air nescafe panas disusuli dengan sekotak rokok gudang garam yang bertemankan pemetik api jenama kriket….
aku menolak dengan cara yang paling arogan sekali dengan mengangkat tangan tanda menolak pelawaanya dan melakukan gerak tangan menyuap nasik ke mulut atau bahasa sopan dan ringkasnya "aku datang sini nak makan lah mangkuk!! bukan nak jumpa ko! mangkuk ayun betul punya mangkuk!!".
Namun hakikatnya aku menolak sebab cara ko panggil aku macam nak cakap sesuatu jak pastu aku bleh balik semula ke kerusi aku.. bukannya cara orang yang memanggil untuk membelanja makan.. lagipun kalo aku pegi sian gak dengan si joe sorang sorang terperosok kat tepi restoran tu..
Tapi oleh kerana ko memang mangkuk dan tak reti bahasa ko terus dengan perbuatanmu melambai lambai ke arahku, agar aku datang juga.. akhirnya sifat mulia yakni bertolak ansur dan demokrasitambahan lagi dengan wajah seposenmu.. eh salah 1 sen! aku datang jua dengan niat dan harapan agar kau belanja aku malam nie bersama sama dengan c joe walaupun harapan itu aku yakin hanya tinggal harapan..
Dah Maju Dah ko Mangkuk?
Aku melangkah dengan penuh buas ke arah mu tanpa memandang sedikit pun wajah bangangmu sebab aku menyampah sangat2!! ntah ko perasan atau tak lantak kau lah mangkuk!! fulcrum aku cuma tertarik melihat kotak berwarna hitam yang tertera tulisan TOSHIBA kat atasnya.. aku ingatkan TV.. sebab setahu aku brand ni top kuarkan TV saja (mgkin jugak mesin basuh).. rupanya memang betul tekaan aku tadi.. laptop ghupanya!! hebat gak deria firasat aku nie!! x sangka btul aku tau! i told you!!
"Dah maju dah mangkuk nie.. " tanya otak kanan ku yang sememangnya lebih bertindak mengikut logika dari fatamorgana kepada otak kiri ku yang memang sungguh kreatif (inovatif gak). Brain power otak kiri aku lantas menjustifikasikan bahawasanya TOSHIBA tu bukan dia punya.. act jak tu..
Sampai je meja ko aku tarik kursi dan duduk seraya berkata "dengan sapa ko.." ko menjawab tergagap gagap.. ntah apalah yang ko cakap sambil tunjuk kat meja tempat aku duduk tadi.. tuturmu seolah-olah ko bersalah dengan aku walaupun memang itulah hakikatnya tapi apasal ko panggil aku?? ke saja ko nak tayang laptop baru ko tu?? tapi jgn risau aku tak hampakan ko.. oleh sebab aku malas nak cerita bnda2 mengarut dengan ko jadik aku cuba menjadi ahli politik yang zuhud dengan menjadikan benda sekitar aku untuk menjadi isu dan contoh yang paling bagus ditopikkan ialah TOSHIBA tersebut..
"ui.. laptop baru kah?" tanyaku walaupun aku tau ia masih baru sebab masih ada lagi plastik yang membaluti laptop tersebut. Riak wajahmu bertukar tatkala aku menanyakan soalan itu sehingga lain yang aku tanya lain yang ko jawab.. aku dapat rasakan apa yang aku nak soal tadi ko dah agak dan ko dah pun ada jawapan bagi soalan bodoh tersebut… sebab tutur kata mu penuh yakin sekali mengatakan bahawa benda ni dah habis bateri dan tak boleh on dan disusuli dengan tindakan mengangangkat laptop tersebut lalu mengajak aku masuk kedalam untuk mendapatkan sumber tenaga elektrik dalam premis tu..
tak sempat aku bercakap ko dah melangkah dengan penuh semangat membawa masuk laptop tersebut bersama sama begnya sehingga air minuman ko pun ko dah tak ingat nak bawak!!
"ei.. apa mangkuklah orang tua nie.. mangkuk tandas pun tak macam nie!!" bisikku sekali lagi.
nasib baik aku tak tanya pasal rokok gudang garam tadi, kalo tak ntah apalah yg dibuatnya.. huh..!! mangkuk !!
Siapa En. Tanjung Mangkuk nie?
Siapa gak ko nie? Apasal aku benci sangat sama ko ni sampai aku lupa akan hukum hudud dengan menggelarkan ko sebagai mangkuk!! (tanpa pengetahuanmu..) Dulu aku hormat sama ko dan aku bahasakan ganti nama ko dengan panggilan yang sopan yaitu abang kerna umur ko lebih kurang sama dengan umur ibunda ku dan bukannya pakcik atau paman. Statemen ini bukan bermaksud aku sekarang tak hormati ko lagi tapi kurang skitlah..
lagi satu aku nak bagitau ko aku dah tanam semangat yang berkobar kobar lagi tinggi ke angkasa untuk menjadikan projek yang ko aplikasikan ini sebagai yang dianggap berjaya dan menguntungkan (tak perlulah aku sebut apa projek yang dimaksudkan.. memalukan jak) .. sebab aku nampak ada cahaya yang terang bersinar tatkala mendung yang sering mengunjung.. tapi rupanya mendung tak bererti hujan dan hujan tetap turun juga atas nama Tuhan..
Aku ingatkan ko berjiwa pemimpin sekular (mengikut perspektif ku melalui kata katamu) yang bakal merintis sebuah pembaharuan dalam "bidang" ni melalui projek yang kononnya dah 10 tahun ko tunggu.. Rupanya ko adalah golongan kapitalis lingkup yang materialistik yang mengamalkan korupsi dan kronisme(?) serta sedikit pun tidak mempunyai anjakan paradigma yang produktif dan efisyen untuk menggembleng sesuatu perkara (projek mega mu) menjadi sesuatu yang bisa menjadi pencetus kepada masyarakat Tawau untuk hari ini dan hari akan datang… ringkasnya ko adalah manusia yang mempunyai 2 talam dimukamu… 1 talam besi satu talam aluminium.. keras dan bebal (tak tau malu/muka tembok dll) tapi nasiblah ramai sudah orang tidak menggunakan talam.. dan kau hadir ditengah tengah era globalisasi yang semakin parah dek kerana karenah birokrasi yang bisa mencetuskan reformasi yang cuma hadir dilubuk hatiku sa-orang… tapi ku tak bisa… kerna aku bukan Anwar Ibrahim .
Segala idea dan perahan otak kiri ku menjelmakan projek mu hanya ko jadikan modal untuk mendapatkan keuntungan untuk dirimu sendri tanpa aku mendapat sedikitpun hak yang sepatutnya aku dapat.. (umpama royalti dan hakcipta terpelihara misalnya)
Teringat aku akan sepanduk HAK MESTI DITUNTUT yang dijulang Onn Jaafar yang memakai songkok panjang dan baju melayu (pengikutnya mungkin dan disebelahnya kanannya ada sorang makcik2 duduk mencangkung bersama ratusan orang melayu ketika mereka menentang akan gagasan Malayan Union oleh British yang terdapat dalam buku sejarah tingkatan 3 di mukasurat .. eh lupa dah.. dah lama dah..
sehinggakan ketika belajar di IPT aku abadikan ayat tersebut pada kasut converse kulit berwana merah aku menggunakan marker warna kuning..
hakikatnya slogan/propaganda itu sebenarnya tidak meresap ke jiwa aku sebenarnya (cuma mengikut nafsu sahaja) namun ia telah menjadikan pengajaran berguna buat aku tika ini.. betapa kurang cerdiknya aku tentang HAK yang batil atau pun tidak batil dahulu kala.. walaupun tiap tiap hari disekolah aku terlihat HAK KERAJAAN MALAYSIA walau di dalam tandas sekalipun.. (hingga tika dan saat ini aku masih merasa dieksplotasi.. opss!! maybe yes.. meaybe not!! enjoy aja..)
Syahadan itu aku punya Hoobastank The Reason to said this tanpa takut akan juridiksi mahkamah ataupun ditahan ISA atas kenyataan ini kerna aku percaya aku berhak bersuara di negara yang kononnya demokrasi ini.. takutku cuma pada yg SATU.. Wallahualam..
Bila Otak Kanan dan Kiriku Melebur Menjadi Satu.. Mangkuk
Berantakan…
Balik pada kau En. Mangkuk! eh.. silap kurang ketatasusilaan Mangkuk Ayun yang betulnya.. rupanya ko panggil aku untuk dieksplotasikan lagi apa yang tuhan anugerahkan kat aku… tapi maaf aku dah belajar banyak tentang HAK YANG MESTI DITUNTUT!! aku tak pedulikan apa yang tertera di laptop ko.. walaupun ko mempelawa aku dengan memberi mouse.. tapi aku ambik gak sebab aku berminat nak tahu tentang laptop yang dikeluarkan pengeluar TV ni TOSHIBA.. Screen dia memang besar.. Puas hati lah.. tapi perfomance dia mak aih lembap banget!! Sekali aku tengok processor dia rupanya Celeron aja .. oi mangkuk apa punya mundur ko ni aku pakai celeron ni sebelum milennium lagi.. ni sekarang dah dunia centrino…(eh betulkah? aku tak pakai laptop!)
Kesian kat ko rupanya ko masih mundur lagi.. betapa semangatnya aku tatkala melihat ko seperti seorang profesor melihat prestasi anak muridnya, ko pegang mouse penuh erat (macam mouse tu nak lari!) sambil membelek-belek dan meng’klik’ fail fail yang ada kat dalam Recycle Bin tu.. sekali lagi Recycle Bin.. huhuh.
Bila tak dapat bukak ko marah sebab Vista ni lambat.. Tah berapa kali ko cakap "Windows Vista ni lambat bah kan?" Aku yakin ko memang tak tau apa Windows yang keluar sebelum Vista nie.. Kalo aku jawab "ya betul tu!! Laju lagi guna Windows Sliding atau Windows Tinted" mesti ko percaya gak kan? Kompom! Tapi bukan sifat ku mengaibkan golongan berumur macam ko.. Lembut hati, aku amik mouse aku tutup Folder Recycle Bin yang ko belek dari tadi tuk cari fail projek yang nak ko tunjuk kat aku..
Tapi kalo dah mangkuk memang jugak mangkuk, tak akan jadi sudu garpu punya!!! apasalla ko pi bukak Windows Media Player tuk bukak file Adobe?? Betapa mundurnya ko.. Sah!! Laptop ni bukan ko punya!! Betullah kata otak kiri aku yang kreatif ni kata pada otak kanan aku sebentar tadi.. Kredit untuk aku sekali lagi!!
Order aku sampai dan aku makan dengan santun menggunakan tangan kanan namun sedikit terganggu kerna ko selalu klik fail yang tak patut di klik!! contohnya membuka fail yang memang tak bleh dibuka (corupted) dan bila hang terpaksa lah aku perbetulkan lagi melalui Ctrl+Alt+Delete = end process..
Mangkuk!! Ada sekali ko bertanya tentang minuman ko yang ko tinggalkan tadi, tapi malang bagimu dah diangkat oleh pekerja restoran tersebut.. Order jak lah baru bukan susah.. Tapi mangkuk tetap mangkuk.. Aku tau bajet ko tak cukup tapi ko malu nak mintak belanja ngan aku.. Orde jak lah kompom aku tak bayar walau kita duduk semeja..
Masa aku makan ko mula berbicara tentang PROJEK ko lagi.. Sebenarnya aku cuba elak nak bercerita tantang benda ni (bikin sakit hati) tapi tah apasal ko mangkuk sangat pegi bukak topik ni.. Aku dengar jak bicara mu yang penuh dengan retorik dan aku tahu itu cuma klise belaka… Sabar Yus!! Makan dulu.. Jiwaku bergelora tatkala ko mula bicara macamana ko bleh hidup dengan projek ko nie (dengan menipu).. camana ko survive (dengan menipu lagi) .. macamana orang sekeliling buat kat ko (lagi).. ke ko buat orang macamana sebenarnya!!?
Klimaksnya, aku tak tahan bila ko tunjukkan projek terbaru ko kat aku dan dengan selamba badak ko kata
"Ni ko buat dulu tu.. aku tukar2 jak apa yang patut" Tapi ada yang dak buleh di ubah"
sebab kena LOCK lah mangkuk!! Tah sapalah yang ko upah dengan air liur buat "projek" nie.. Kesian kat dia..
Teringat aku masa mula2 nak start dulu tekejar sana sini.. guna duit sendiri lagi.. nasib time tu aku pakai scoot.. jimat skit.. sampai tak tak tidur sebab pikirkan halatuju projek ni nanti.. pokonya semua dah aku atur dengan teliti macam benda ni Bapak aku yang punya.. tapi akhirnya ko selingkuh!! Memang selingkuh itu indah bagimu..
Aku tau first projek tak ramai yang kena.. Cuma 3 orang, sorang orang ahli mata pena kreatif, sorang ahli agama yang hipokrit, dan seketul jiwa yang kosong dan daif dengan anugerahNya yang tak perlulah aku sebut namanya.. nanti dibilang arogan pulak..
Second projek ko dengan menggunakan modal insan dari first projek ko akhirnya "berjaya"… Sekali lagi kau selingkuh… dan ramai yang kena.. Antaranya orang yang kerja dalam satu bangunan kat aku.. Yang hari2 aku jumpa tersenyum kerana bakal bergelar seorang pencetus minda warga di sini.. Ntah apasal hari tu mangsa si Mangkuk ni datang kat opis aku.. Sebelumnya dia lalu lau sahaja sambil dengan senyumannya sampai ketelinga.. Aku dapat agak mungkin bila projek ni jalan pasti dia berbisik dalam hatinya "Baru kamu tau siapa aku"
Tapi bila tak jalan dia lepas perasaan kat opis aku tentang si Mangkuk yang aku dah kenal lama sebelumnya… hanya senyuman dapat kuberi padamu wahai mangsa si mangkuk!! Rupanya mangsa ni dah melabur beribu ribu dalam projek "mega" ni. Projek ke-3 ….. nantilah aku cerita! Kerna aku terlibat sekali dalam konspirasi si mangkuk nie..
Kemuncaknya! Abis makan aku isap sebatang rokok dan otak kiri aku mula memanggil dan menggoda otak kanan aku tuk bertindak secara radikal… lama dah benda nie aku simpan tuk sekadar dijadikan pengajaran.. Tapi sampai bila takkan dia nak berak kat kepala aku lagi? Akhirnya aku lepaskan segala galanya malam tu sebab tak tahan dan meluat dengan kata katanya yang ternyata dusta belaka dari awal lagi… dahlah puas ko berak aku dulu sampai rambut aku jadi kuning ni ko nak buat lagi..
Umpama orang kencing seiring mengeluarkan taik..ko cakap ramai orang nak beli projek ko nie.. tapi ko taknak jual.. dan sebelum ni ada orang nak beli dengan harga sekian.. tapi ko tolak dengan angkuhnya!! apa yang ko tak tau, ataupun ko sudah tau tapi sengaja nak pancing undi kesian kat aku ialah orang yang ko maksudkan tu AKU.. diulang AKU@SAYA… mati mati teman ko CINA (rasanya dia ni pun talam dua muka jgk la..) telipon aku supaya beli projek ko nie.. tapi aku dengan angkuhnya menolak.. !!
AKHIRNYA
Lepas jak ko cakap benda tu terus aku tembak ko bertubi tubi.. jawapan pertama aku berkenaan dengan apa yang dikata orang tentang ko dan ko jawab dengan penuh ketidak jujuran menepis semua khabar angin itu.. sambil matamu memandang komputer dan terkebil kebil…
kedua, tentang apa yang ko pernah buat dengan aku dan janjimu yang tak pernah ditepati hingga kini dan konspirasi ko bersama geng seangkatan mu memperdayakan aku untuk projek no 3 mu itu.. dan ko bagi jawapan penuh dengan kepura puraan bercampur tekanan jiwa dan perasaan tanpa sedikit pun rasa bersalah hinggap di kepala lututmu.. eh.. otakmu!…
Ko mula pegang mouse dan SEKALI LAGI aku melihat ko mencari-cari fail kat dalam Recycle Bin.. Mangkuk Ayun betul lah ko nie…Mungkin ko tak "sabar" nak dengar soalan selanjutnya! Mungkin juga!
dan soalan ketiga penuh dengan kontroversi dan lebih kepada kritikan ‘membina’ dan bukannya soalan yaitu tentang dirimu dan projek "mega" mu dari sudut pandangan aku sendiri..
Ko jawab juga tapi nadanya tidak seperti soalan pertama dan kedua.. Nadanya perlahan sekali sehinggalah cuma bisikan sahaja yang aku dapat dengar … ko bercakap sambil perlahan lahan memuingkan kepalamu kearah lain… ntah apa lah yang ko cakap aku pun tak tau!! Tapi aku tau ko tak maki atau caci aku.. kalo tak kompom aku cucuk mata ko dengan garpu, jadi Kasim Selamat lah ko… tapi bukan sifat aku.. polis kata jangan…
Sunyi… seperti malaikat limpas walaupun diluar sana keadaanya berbeda.. suasana tegang seketika dan aku lihat si Joe sedang asyik bermesej dengan aweknya yang berada di labuan ataupun di papar ataupun mungkin di Surabaya yang dikenalnya dalam dunia maya aku tak pasti dan yang pasti dia tak sedar apa yang kami bualkan (debatkan lebih elok) sebenarnya dah sampai kemuncaknya…
Bagi aku dah terbungkam semua sebuah kekusutan ku selama ini ( 2 tahun agaknya) kepadamu En. Mangkuk yang tak punya urat malu dalam… aku nampak En. Mangkuk dah tak mampu nak berkata lagi mungkin semua tembakan aku ada yang terkena kat kotak peti suaranya!! Aku pun taknak soal dan berkata lagi … sebab semuanya dah aku cakap dan aku lihat ko sedang asyik menyelongkar fail dalam Recycle Bin (lagi)…
Kesimpulanya
Ada sejam kita bersama di dalam restoran tu.. dan aku rasa niat ’suci’ aku dah terlaksana dan aku dapat rasakan yang niat tak suci ko jumpa aku malam tu tak terlaksana.. kata kata ‘manismu’ tak mampan lagi kat aku.. tak seperti beberapa tahun yang sudah.. Sedarlah mangkuk apa yang ko buat nie cuma memburukkan saja ‘bidang’ yang luas dan masih baru kat Tawau nie.. Hentikanlah semuanya kalo ko tak nak pun ko berubahlah… Tukarlah niat ko yang tak kemana tu jadilah orang yang profesional sikit walaupun ko memang tak da rupa pun nak jadi… banyak benda lain ko bleh buat.. ni bukan bidang ko.. tah camana ko bleh terjun dalam bidang ni.. baik ko jual barangan langsung kah.. bawak teksi kah… tak pun paling sesuai jadi calo calo kat kastom tu..
aku harap sangat ko baca apa yang aku tulis nie… tapi aku yakin ko takkan sampai ke alam kusut nie.. sebab pegang komputer pun ko tak pas lagi… lagi satu aku nak bagitau ko pasal komputer ni - antivirus yang acap kali keluar kat laptop ko tu bukan virus.. bila benda tu keluar jak ko cakap "Banyak sudah virus ni" tu bukan virus lah mangkuk!! tu dia suruh ko UPDATE!! lain kali baca dulu.. camana ko nak jadi perintis untuk mencetus minda orang?? baik ko rintis rumput kat semak lagi baik!!
Apapun aku harap apa yang aku cakap malam tu ko jadikan pengajaran.. Sebab aku yakin manusia bisa berubah dan pasti akan berubah..Lurus ataupun bengkok? Tapi pikiran otak kiri aku yang sememang.. opss !! harap maklum… lepasni kalo aku jumpa ko lagi kompom ko takkan pandang aku dan tegur aku lagi.. walaupun ko dah berubah dan menjadi seorang ahli korporat yang berjaya dan mengetahui bahawasanya Recycle Bin itu umpama sampah didalam dunia realiti.. (heran aku apasal ko suka selongkar sampah?).
Lepas aku bayar makan minum aku sempat cakap kat ko " AKu gerak dulu ya.. Chow..” seperti sudah tak mampu berkata ko hanya mengangguk angguk. sambil memegang mouse dan teliti memerhatikan laptop seraya berfikir kenapa semua file kat recycle bin tak bleh bukak??? Agak akulah…